Print

Piagam Pelanggan

Written by Pentadbir Web pada 09 July 2011. Di dalam bahagian Profil

  • Mengimarahkan perhubungan dan silaturrahim antara rakyat dan organisasi Yayasan Islam Perlis;
  • Menjalankan urusan selari dengan dasar penerapan nilai-nilai dan dasar-dasar kerajaan;
  • Khidmat nasihat dan menjawab kemusykilan pelanggan dengan seberapa segera, tepat dan mesra meliputi aspek-aspek pendidikan, ekonomi dan sosial;
  • Mempercepatkan sesuatu proses yang melibatkan bidang kuasa Yayasan Islam Perlis dan orang ramai;
  • Menjalankan usaha menyebarkan dan mengembangkan ajaran dan pendidikan Islam di negeri ini serta menimbulkan kesedaran dan perasaan keislaman dikalangan rakyat dengan efisyen;
  • Menjana institusi-institusi pendidikan Islam negeri Perlis selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dan juga falsafah pendidikan Yayasan Islam Perlis;
  • Menjamin pembentukan insan rabbani yang seimbang dari segi akal, intelek, emosi dan jasmani melalui institusi pendidikan Yayasan Islam Perlis;
  • Memberi keutamaan dalam memartabatkan ekonomi pendidikan dan sosial umat Islam;
  • Menjalankan pentadbiran dari perspektif perniagaan dan pelaburan yang efisyen bagi matlamat Yayasan Islam Perlis ke arah pembangunan rakyat dan agama Islam di negeri Perlis.