Print

Objektif | Aktiviti

Written by Pentadbir Web pada 22 February 2012. Di dalam bahagian Profil

Melalui Enakmen Bilangan 4 Tahun 1987, Yayasan Islam Perlis ditubuhkan untuk membantu Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menyebar dan mengembangkan ajaran, pendidikan dan pembangunan iktisad Islam. Selaras dengan tujuan tersebut, beberapa buah institusi pendidikan Islam ditubuhkan dibawah pengurusan Yayasan Islam Perlis dan semakin berkembang hingga sekarang. Institusi pendidikan tersebut adalah seperti berikut :

  • Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat (MTQQ)
  • Sekolah Menengah Agama Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah (Arau)
  • Sekolah Rendah Islam 1 (Jalan Abi Tok Hashim, Kangar)
  • Sekolah Rendah Islam 2 (Felda Mata Ayer)
  • Sekolah Rendah Islam 3 (Felda Chuping)

Selain menguruskan institusi pendidikan, Yayasan Islam Perlis juga menjalankan beberapa aktiviti pembangunan ekonomi untuk menjana sumber kewangan pentadbiran Yayasan Islam Perlis. Beberapa buah syarikat telah ditubuhkan bagi menjana pendapatan seperti berikut :

  • Infostas Engineering Sdn. Bhd.
  • Karun Mestika Sdn. Bhd.
  • YIPs Services Sdn. Bhd.
  • YIPs Solar Sdn. Bhd.
  • YIPs Energy Sdn. Bhd.