Print

Latar Belakang

Written by Pentadbir Web pada 18 April 2012. Di dalam bahagian Profil

  • Yayasan Islam Perlis ditubuhkan melalui Enakmen Bil. 4 Tahun 1987 setelah mendapat perkenan daripada DYMM Tuanku Syed Putra Jamalullail pada 2 September 1987 dan melalui kelulusan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan yang bersidang di dalam Dewan Undangan Negeri pada 28 April 1987.
  • Memulakan urusan pentadbirannya di pejabat Unit Perancang Ekonomi Negeri Perlis (UPEN) dengan melantik pengarah UPEN secara pinjaman sebagai pengarah Yayasan Islam Perlis yang pertama dan juga bendahari negeri Perlis sebagai bendahari pinjaman kepada Yayasan Islam Perlis.
  • Pada Oktober 1989, urusan pentadbiran Yayasan Islam Perlis telah berpindah ke bangunan sendiri hasil daripada sumbangan ikhlas daripada individu tertentu. Pada masa yang sama pengarah sepenuh masa Yayasan Islam Perlis telah dilantik beserta dengan beberapa kakitangan sokongan yang lain.
  • Pada tahun 1995, bahagian pentadbiran Yayasan Islam Perlis sekali lagi berpindah ke bangunan yang dibeli sendiri dan bilangan kakitangan juga melalui proses penambahan. Sehingga sekarang semua urusan pentadbiran Yayasan Islam Perlis adalah di bangunan tersebut.
  • Sehingga kini, jumlah kakitangan yang dibawah pengurusan YIPs adalah seramai 85 orang tidak termasuk guru Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah dan Sekolah Rendah Islam yang dibayar gaji oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan guru  Tadika Islam Perlis yang dibayar elaun oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis.