Print

Sekolah Rendah Islam 1

Written by Pembangun Web pada 18 April 2012. Di dalam bahagian Alamat | Telefon | Faks | Email

Sekolah ini telah ditubuhkan pada 01 Disember 1993 oleh Yayasan Islam Perlis dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perlis. Jabatan Agama Islam Perlis dan Jabatan Pelajaran Perlis. Sekolah ini dahulunya dikenali sebagai Sekolah Akademi Pendidikan Islam Perlis (AKAPI). 

Pada awal penubuhan sekolah ini hanya mempunyai murid  seramai 27 orang  murid lelaki sahaja dengan 4 orang guru lelaki, termasuk Guru Besarnya Encik Othman bin Chin  manakala jawatan Penolong Kanan disandang oleh En. Zainuddin b. Jusof.  Pembelajaran  bermula dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang. Bagi pengambilan kedua dan seterusnya YaIPs akan mengambil murid – murid lelaki dan perempuan. Murid – murid telah bertambah dari setahun ke setahun.

Pada awal penubuhan sekolah ini mempunyai kakitangan sekolah terdiri daripada seorang Pembantu Tadbir, seorang Pembantu Am Rendah dan dua orang Pekerja Rendah Am. Sekolah Rendah Islam 1   telah berpindah ke bangunan baru pada  Oktober, 2003 dan dirasmikan oleh Y.A.B Dato Seri Shahidan b. Kassim selaku Menteri Besar Perlis pada masa itu. 

Pada tahun 2005, Sekolah Rendah Islam 1 telah dijadikan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Memorandum Persefahaman telah ditandatangani oleh pihak Yayasan Islam Perlis  dengan Kementerian Pelajaran Malaysia. Semua kakitangan sekolah telah mendapat surat lantikan dari Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia. Guru – guru sekolah ini juga telah mengikuti kursus  Dalam Cuti (KDC) bermula pada bulan November, 2006 di maktab – maktab perguruan mengikut kursus yang ditawarkan.

 

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :

Guru Besar

Sekolah Rendah Islam 1

KM3, Jalan Abi Tok Hashim,

01000 Kangar,

PERLIS.

 

Tel : 04-9770343, Fax : 04-9779107