Print

Kurikulum Azhari Sekolah Rendah Islam

Written by Pentadbir Web pada Wednesday, 22 February 2012 16:44. Di dalam bahagian Berita

Kurikulum Azhari merupakan kurikulum baru yang akan dilaksanakan di semua Sekolah Rendah Islam (SRI), Yayasan Islam Perlis (YIPs) mulai sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) pada Januari 2013. Kurikulum tersebut telah dirangka dan disusun oleh Jawatankuasa Khas Kurikulum Azhari yang dilantik dan diselia sepenuhnya oleh Bahagian Pendidikan, YIPs. Walaupun kurikulum ini akan digunakan sepenuhnya di SRI, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) masih digunapakai seperti biasa dimana Kurikulum Azhari dijadikan sebagai kurikulum tambahan bagi memenuhi objektif penubuhan SRI iaitu melahirkan generasi yang cemerlang dalam bidang pendidikan islam dan akademik.