Print

MAJLIS PEMETERAIAN USAHA SAMA STRATEGIK DANA WAKAF SEK.MEN. AGAMA (P) AL-MADRASAH AL-ALAWIYAH AD-DINIAH YAYASAN ISLAM PERLIS

Written by Pentadbir Web pada 28 August 2015. Di dalam bahagian Berita

Kangar, Isnin, 17 Ogos 2015 – “Majlis Usaha Sama Strategik Dana Wakaf Sek.Men. Agama (P) Al-Madrasah Al-Alawiyah Ad-Diniah Yayasan Islam Perlis dengan kerjasama Bank Islam (M) Berhad telah diadakan di Dewan Anggerik 3, Hotel Seri Malaysia, Kangar. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Y.A.B. Dato’ Seri Azlan bin Man (Menteri Besar Perlis) merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Islam Perlis, Y.B. Tuan Romli bin Dai (Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis), Y.B. Tuan Wan Jeffry bin Kassim (Penasihat Undang-Undang Negeri), Y.B. Tuan Haji Khairi bin Hasan (Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri), YBhg. Dato’ Sri Zukri Samat (Pengarah Urusan Bank Islam (M) Berhad) , Ustaz Nazri Chik (Ketua Pegawai Syariah Bank Islam (M) Berhad), ahli-ahli Lembaga Pengarah YIPs, ADUN-ADUN Kawasan, Pengetua dan Guru-Guru Besar Sekolah, ketua-ketua jabatan negeri dan warga kerja YIPs serta Bank Islam.

 

 

Permeteraian usaha sama di antara YIPs dan BIMB adalah bertujuan bagi mengumpulkan dana untuk pembinaan Sekolah Menengah Agama (P) Al-Madrasah Al_Alawiyah Ad Diniah untuk fasa pertama melalui konsep wakaf yang dipelopori oleh BIMB dengan menjadikan projek ini sebagai testimonial pembangunan institusi pendidikan diperingkat sekolah menengah. Ini bertepatan dengan sabda Nabi Muhammad S.A.W yang menganjurkan wakaf, derma, sumbangan serta beramal jariah :

“Apabila seseorang anak Adam mati, segala amalannya akan terputus kecuali tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu pengetahuan yang boleh dimanfaatkan dan anak soleh yang sering mendoakannya” (Hadith Riwayat Muslim).

Kelebihan berwakaf untuk pembangunan sekolah ini melalui BIMB akan memperbanyakkan lagi sekolah beraliran agama yang akan melahirkan ulamak serta teknokrat Muslim. Usaha dan komitmen serta bantuan publisiti dan korporat yang dimainkan oleh BIMB akan mampu mempercepatkan pengumpulan dana wakaf pembangunan dan pembinaan sekolah agama ini. 

Permintaan untuk kemasukan pelajar ke sekolah-sekolah menengah agama di Perlis sangat tinggi, sementara jumlah sekolah serta kapasiti pembelajaran adalah terhad. Justeru, Yayasan Islam Perlis merasa bertanggung jawab untuk menyediakan lebih banyak lagi sekolah-sekolah agama. Adalah menjadi harapan kami agar pembinaan dan pembangunan Sekolah Menengah Agama (P) Al-Madrasah Al-Alawiyah Ad-Diniah ini akan menjadi alternatif terbaik kerana sistem pengajiannya yang berteraskan silibus Azhari (sukatan pelajaran Universiti Al-Azhar).  

Seluruh masyarakat, syarikat-syarikat serta tokoh-tokoh korporat serta semua pihak adalah diharap dapat menyumbang kepada pembangunan dan pembinaan Sekolah Menengah Agama (P) Al-Madrasah Al-Alawiyah dengan menyalurkan sumbangan ke akaun;

DANA WAKAF SEK MEN AGAMA (P) YIPS

09010010071743 (Bank Islam Malaysia Berhad)

 

Sila hubungi:

Yayasan Islam Perlis

No. 29 & 31, Kompleks Perniagaan PKENPs, Jalan Sena Indah, Persiaran Jubli Emas, 01000 Kangar, Perlis.

04-9775277 & 04-9775278