Print

Konvensyen Wacana Kritis Pembentukan Generasi Rabbani

Written by Pentadbir Web pada 06 May 2014. Di dalam bahagian Berita

Arau, 4 Mei 2014 (Ahad) - Konvensyen Wacana Kritis Pembentukan Generasi Rabbani telah diadakan di Dewan Kuliah 3, Kompleks Dewan Kuliah Kampus Unimap Ulu Pauh, Perlis pada 4 Mei 2014, bermula jam 8.30 pagi. Konvensyen yang julung-julung kalinya diadakan ini telah dianjurkan oleh Yayasan Islam Perlis dan Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dengan kerjasama daripada Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung dan Unimap.

Penyertaan peserta adalah terdiri daripada semua pelajar Tingkatan 6 Atas dari semua sekolah di negeri Perlis yang beragama Islam. Majlis tersebut diserikan lagi dengan kehadiran YAB Tuan Azlan bin Man (Menteri Besar Perlis) bagi menyempurnakan majlis perasmian yang telah diadakan pada sebelah pagi. Turut serta di dalam majlis tersebut adalah Pengarah Yayasan Islam Negeri Perlis, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Perlis dan guru-guru pengiring yang sudi melapangkan masa memeriahkan lagi majlis yang telah diadakan.

Diantara ahli panel jemputan adalah Prof. Dr. Hamzaid bin Yahya dan Prof. Datuk Dr. Ahmad Faiz Hamid yang telah mengupas mengenai beberapa tips dan kaedah pembelajaran yang baik untuk diamalkan oleh semua bakal mahasiswa/siswi yang akan menduduki peperiksaan STPM/STAM tidak lama lagi.

Pihak menganjur mengharapkan agar majlis yang telah diadakan akan memberi sedikit manfaat kepada pelajar-pelajar yang telah sudi hadir bagi mendapatkan sedikit ilmu yang boleh digunakan sebagai satu persediaan menghadapi peperiksaan. Pihak penganjur juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.