Infostas Engineering Sdn. Bhd.
Syarikat Infostas Engineering Sdn. Bhd. ditubuhkan pada 12 Februari 1996 dan dimiliki oleh Yayasan Islam Perlis (YIPs) sepenuhnya pada 6 Mac 1996 dengan pegangan saham sebanyak 100%. Syarikat ini berfungsi sebagai pegangan pelaburan untuk menjana pendapatan YIPs. Pada masa ini, syarikat ini banyak terlibat di dalam pelaburan-pelaburan yang tidak mempunyai risiko pelaburan yang tinggi. Antaranya adalah pelaburan di dalam unit-unit amanah yang diluluskan oleh pihak kerajaan, pelaburan-pelaburan berstruktur serta simpanan tetap di institusi-institusi kewangan yang berdaftar.
Infostas Engineering Sdn. Bhd. mempunyai 2 orang Ahli Lembaga Pengarah iaitu YB Tuan Haji Jafperi bin Othman (Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis) dan Dato’ Haji Musa bin Hassan (Mantan Pegawai Kewangan Negeri Perlis)