Print

Pajak Gadai Islam Ar Rahnu

Written by Pembangun Web pada 18 April 2012. Di dalam bahagian Profil

Pajak Gadai Islam (PGI) Yayasan Islam Perlis (YIPs) ditubuhkan pada 1.1.1997 hasil cetusan idea YAB Dato’ Seri Shahidan bin Kassim, Menteri Besar Perlis selaku Pengerusi Lembaga Pengarah YIPs pada masa itu. Ianya dicerna sebagai salah satu cara untuk mengeluarkan umat islam daripada belenggu Pajak Gadai Konvensional yang mengamalkan riba. Hingga kini, PGI beroperasi di bangunan PKENPs, Taman Sena Indah, 01000 Kangar, Perlis. PGI atau lebih dikenali sebagai Ar Rahnu ditubuhkan hasil kajian menyeluruh terhadap Muassasah Gadaian Islam di Terengganu, Muassasah Gadaian Islam di Kelantan dan juga Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat).

Kini, Ar Rahnu YIPs sedang dalam proses penjenamaan semula untuk ditempatkan di bawah Koperasi Yayasan Islam Perlis (KOYIPs) bagi memantapkan operasinya yang akan dipantau sepenuhnya oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).