DANA WAKAF PEMBINAAN SEKOLAH AGAMA (P) YIPs
Kami menyeru kepada semua saudara seagama yang beriman dan bertaqwa kepada Allah S.W.T agar sama-sama bersedekah dan berwakaf kepada DANA WAKAF SEK MEN AGAMA (P) YIPs No. akaun Bank Islam (M) Berhad : 09010010071743

Sumbangan dan wakaf layak mendapat pengecualian cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Rujukan : LHDN.01/35/42/51/179-1


KURIKULUM AZHARI
Kurikulum ini telah dilaksanakan bermula sesi persekolahan Januari 2013 di Sekolah Rendah Islam I, II dan III.

Jawatankuasa Pemantau yang terdiri daripada ahli-ahli yang berkaliber telah ditubuhkan bagi memantau perjalanan kurikulum ini supaya seiring dengan kehendak Yayasan Islam Perlis.


PROJEK PERTANIAN SEMADONG
Pihak Yayasan Islam Perlis sedang dalam usaha menceburi Projek Pertanian
Keluasan : 51 ekar (20.7 hektar)

Tanaman Harum Manis : 1200 pokok

Tanaman sampingan : Pisang, Serai dll.

"BAKTI DISEMAI, BUKTI DITUAI"


MAJLIS PEMETERAIAN USAHA SAMA STRATEGIK DANA WAKAF SEK.MEN. AGAMA (P) AL-MADRASAH AL-ALAWIYAH AD-DINIAH YAYASAN ISLAM PERLIS

PENYERAHAN PENGURUSAN INSTITUT PENGAJIAN TINGGI ISLAM PERLIS KEPADA HALUAN MALAYSIA

Kangar, Khamis, 13 Mac 2014 – “Majlis Menandatangani Perjanjian Penyerahan Pengurusan Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis Kepada Haluan Malaysia Dan Penyerahan Sijil Penghargaan Dan Wang Saguhati Kepada Bekas Kakitangan Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis” telah diadakan di Dewan Anggerik 3, Hotel Seri Malaysia. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Y.A.B. Tuan Azlan bin Man (Menteri Besar Perlis) merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Islam Perlis, Y.B. Tuan Romli bin Dai (Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis), ADUN Simpang Empat, ahli-ahli Lembaga Pengarah Yayasan Islam Perlis, wakil-wakil Ahli Parlimen, Pengarah Jabatan Agama Islam Perlis, Pengarah Yayasan Islam Perlis serta ketua-ketua pentadbir sekolah di bawah Yayasan Islam Perlis.

Pertubuhan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia atau HALUAN Malaysia diwakili oleh YBhg. Dr. Abdullah Sudin b. Ab Rahman selaku Presiden, Prof. Emeritius Dato’ Dr. Abu Azam b. Md. Yassin selaku Timbalan Presiden serta wakil-wakil daripada HALUAN Malaysia bahagian utara.

Penyerahan pengurusan Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis bertujuan untuk mempastikan institusi ini kembali beroperasi, dibawah sebuah NGO (Non-Government Organisation) iaitu HALUAN Malaysia yang mempunyai keahlian yang terdiri daripada mereka yang mempunyai kepakaran di dalam pelbagai bidang profesional termasuk akademik, pengurusan, teknikal dan kewangan.

Diharapkan agar penyerahan pengurusan ini akan dapat memulihkan kembali imej Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis di mata masyarakat dalam usaha memartabatkan syiar Islam khususnya di negeri Perlis.   

Pautan Rasmi

Perutusan Pengarah

Galeri Video

Muat Turun

Penerbitan

Galeri Foto