DANA WAKAF PEMBINAAN SEKOLAH AGAMA (P) YIPs
Kami menyeru kepada semua saudara seagama yang beriman dan bertaqwa kepada Allah S.W.T agar sama-sama bersedekah dan berwakaf kepada DANA WAKAF SEK MEN AGAMA (P) YIPs No. akaun Bank Islam (M) Berhad : 09010010071743

Sumbangan dan wakaf layak mendapat pengecualian cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Rujukan : LHDN.01/35/42/51/179-1


KURIKULUM AZHARI
Kurikulum ini telah dilaksanakan bermula sesi persekolahan Januari 2013 di Sekolah Rendah Islam I, II dan III.

Jawatankuasa Pemantau yang terdiri daripada ahli-ahli yang berkaliber telah ditubuhkan bagi memantau perjalanan kurikulum ini supaya seiring dengan kehendak Yayasan Islam Perlis.


PERMOHONAN UNTUK MEMASUKI MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL QIRAAT YAYASAN ISLAM PERLIS

Permohonan adalah dipelawa kepada semua lepasan SPM untuk memohon. Yuran pengajian adalah PERCUMA.

Keterangan lanjut sila layari www.facebook.com. Anda perlu like page "Maahad Tahfiz Negeri Perlis" untuk mengakses. Terima kasih


MAJLIS PECAH TANAH PROJEK PEMBINAAN HOTEL AL KAUSAR

     

KANGAR, KHAMIS - 17 DISEMBER 2015 Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Hotel Al Kausar telah diadakan pada 17 Disember 2015 (Khamis) bertempat di tapak projek Lot 918 (Mukim Sena) bersebelahan dengan Federal Hotel Kangar, Perlis.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Azlan bin Man (Menteri Besar Perlis) merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Islam Perlis. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Mantan Menteri Besar Perlis, YBhg. Dato' Seri Dr. Md. Isa bin Sabu, Speaker Dewan Undangan Negeri, ahli-ahli Lembaga Pengarah YIPs, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, wakil-wakil rakyat, Ahli Dewan Negara, pemimpin-pemimpin masyarakat, ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan serta badan berkanun negeri serta persekutuan.

Beberapa pihak dari agensi swasta juga telah hadir memeriahkan lagi majlis ini. Pihak pengurusan YIPs ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu dalam menjayakan majlis pada kali ini. Diharapkan agar projek ini akan dapat dilaksanakan secepat mungkin bagi merealisasikan hasrat YIPs untuk membina sebuah hotel bercirikan Islam sepenuhnya.

Pautan Rasmi

Perutusan Pengarah

Galeri Video

Muat Turun

Penerbitan

Galeri Foto